Numerasi
Numerasi ditakrifkan sebagai satu keupayaan untuk melakukan operasi matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian mengikut bahasa pengantar di sekolah.
Objektif Numerasi
Pada akhir Program Pencapaian Numerasi
murid akan dapat :
a) membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
b) membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
c) menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
d) mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan mengukur dalam sentimeter.
a) membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
b) membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
c) menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
d) mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan mengukur dalam sentimeter.
Proses Saringan:
Semua instrumen saringan dibina oleh LP tetapi proses
saringan dilaksanakan oleh guru secara individu atau kumpulan kecil murid. Proses
saringan dilaksanakan secara standard, dijalankan secara serentak terhadap
semua murid tahap satu dengan kaedah pengendalian. Proses saringan dilaksanakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Saringan mesti dilaksanakan oleh
guru.
Konstruk Numerasi:
konstruk
1 : keupayaan pra nombor dan mengenal angka.
konstruk
2 : keupayaan membilang.
konstruk
3 : keupayaan memahami nilai nombor.
konstruk
4 : keupayaan membuat seriasi.
konstruk
5 : keupayaan mengenal mata wang Malaysia.
konstruk
6 : keupayaan menyatakan waktu.
konstruk
7 : keupayaan mengendalikan operasi asas.
konstruk
8 : keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang
Malaysia.
konstruk
9 : keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
konstruk
10: keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan
sebaliknya.
konstruk
11: keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan
harian terhad kepada nombor bulat.
konstruk
12: keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa
dan ukuran panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan